
HAJI PAHROL MOHAMAD JUOI
Pengarah Urusan Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Kolumnis Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, Majalah I dan Anis. Penulis lirik bagi nasyid kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC dan lain-lain. Fasilitator Jemputan Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam(PIPA), Mantan Ketua Pengarang Kumpulan Telaga Biru Sdn Bhd. Penulis buku bercorak motivasi dan islamik seperti Mukmin Profesional,Beduk Diketuk,Kilas Dalam Kias. Juga merupakan penyampai tetap slot “Islam Itu Indah” di Radio IKIM.fm dan panelis TV Astro Oasis rancangan Al-Ustaz dan Tanyalah Ustaz TV9.
Berpengalaman 20 tahun di dalam bidang dakwah, motivasi dan pembangunan insan. Beliau banyak menulis rencana-rencana Islam. Merupakan mantan Ketua Pengarang majalah-majalah Islam. Mempunyai kelebihan dari segi ilmu dan gaya penyampaian yang sangat tersusun (structured knowledge)mudah difahami dengan menggunakan tamsilan dan contoh-contoh yang praktikal.
HAJI HASHIM AHMAD
Pengarah Operasi dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd. Mempunyai pengalaman 26 tahun bergiat di dalam aktiviti pembangunan insan dalam dan luar negara. Mendidik masyarakat Cocos di Australia selama 4 tahun. Mempunyai pengalaman outreach di New Zealand, Amerika Syarikat, Eropah, China, Timur Tengah, Pakistan, Mesir dan Uzbekistan selama 10 tahun. Beliau mempunyai kelebihan di dalam menyampaikan kunci-kunci ilmu yang menyebabkan peserta mudah tersentuh. Keistimewaannya terletak pada keupayaan mengubahsuai pendekatan agar setiap peserta secara individu terasa dekat kepadanya.


HAJI MUHAMMAD NASIB ZAWAWI
Pengarah Pemasaran Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan salah seorang master trainer. Berpengalaman menuntut ilmu di pondok-pondok pengajian di tanah air Malaysia, Masjidil Haram, Mesir dan Jordan. Bergiat aktif dalam dakwah dalam dan luar negara sehingga kini terutama dalam bidang pembangunan modal insan melalui sektor korporat, swasta dan kerajaan.
Berpengalaman bekerja di BAHA Creative Consultant dan Shifak Elite Net Work Sdn. Bhd. Pernah muncul di Radio IKIM untuk sesi Motivasi Pagi. Mutawwif Haji dan Umrah untuk TH Travel dan Juara Travel. Penulis buku Motivasi Agama seperti “Haji Dan Umrah Yang Tidak Di Angkat Ke Langit” dan “ Solat Mukmin VS Solat Muslim”. Ahli lembaga Pengarah ADAM (Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia).