PROMOSI JUALAN BUKU DI AMBANG KEMERDEKAAN KE - 62

Penulis: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Buku Modul Mukmin Profesional. Setelah sekian lama tiada di pasaran. Kini kembali semula dengan edisi kemaskini untuk tahun 2019.

Buku Mukmin Profesional, buku yang banyak mengubah emosi dan tindakan pembaca ke arah yang lebih baik dan bersikap positif.

Penulisan yang mudah dicerna dan lontaran yang santai oleh penulis membuatkan pembaca sukar untuk melepaskan bacaan buku ini walau seketika. Kerana apa? Kerana cerita di dalamnya sangat terkait dengan kehidupan para pembaca. Ia seperti pengalaman pembaca sendiri yang tertulis di dalam buku ini.

Buku Mukmin Profesional ini juga telah dijadikan sebagai buku rujukan dan ulangkaji untuk peserta yang telah mengikuti program Modul Mukmin Profesional secara intensif selama 3 hari 2 malam. Ramai peserta terkesan dan berubah selepas menyertai program ini.

Buku Mukmin Profesional ini sengaja di susun dengan sistematik, tahap demi tahap mengikut urutan bab, supaya wujud perasaan komunikasi antara pembaca dan isi kandungan buku ini, seolah-olah buku ini hidup dan berbicara dengan hati kita. Antara soalannya, siapa kita, dari mana datangnya kita dan untuk apa kita disini?

Kita sudah tahu jawapan bagi soalan di atas, dan buku ini akan membantu memberikan pengukuhan atas jawapan anda melalui tips-tips yang boleh di praktiskan sekarang.

Anda boleh dapatkan  2 Buah buku ini ( Celik Mata Hati + 7 langkah Baiki Diri)  dengan harga  hanya RM45.00 ( RM 55.00) sahaja. 

Sila klik link ini dibawah untuk belian buka anda. 

Kilas Dalam Kias

Penulis: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Buku Kilas Dalam Kias dituliskan dengan niat untuk mendekatkan diri penulis, pembaca dan masyarakat untuk kembali kepada Allah. Justeru padanyalah ada segalanya yang diinginkan oleh manusia.

Usaha membawa diri dan orang lain kepada Allah itulah dakwah yang paling asas dan teras. Justeru, Alquran bukan sahaja telah menentukan tujuan bahkan telah menunjukkan jalan untuk memikul misi yang besar itu.

Prinsip-prinsip itu dijelaskan secara mudah dan menarik. Penulis juga memaparkan dialog-dialog yang bernilai dakwah dan tarbiah dengan pelbagai lapisan masyarakat, dalam pelbagai suasana dan keadaan.

Ada keceriaan, kedukaan, semangat dan kesedaran dakam buku ini.

Ya kilas dalam kias, dalam tamsilan ada teguran, dalam gurauan dan usikan dan pengajaran yang diselitkan.

Buku ini memudahkan para pembaca untuk memahami kenapa terjadi salah faham tentang Islam dan bagaimana pula untuk membetulkannya.

KANDUNGAN “KILAS DALAM KIAS”

Bab 1 – Di Sebalik Tarikh Mati Yang Telah Dijangkakan
Bab 2 – Jutawan Yang Fakir
Bab 3 – Bila Orang Agama Tidak ‘Beragama’
Bab 4 – Sayonara Isteri Tidak Berniqab
Bab 5 – Songkok, Kopiah Dan Banjir Besar
Bab 6 – Daging Untuk Tuan, Tulang Untuk Saya
Bab 7 – Dia Bukan Firaun Dan kau Bukan Musa
Bab 8 – Menangis Untuk Yang Masih Hidup
Bab 9 – Andai Dia Pergi Dulu Sebelummu
Bab 10 – 114 Surat Cinta Yang Disia-Siakan
Bab 11 – ‘Agama’ Orang Agama
Bab 12 – Dengan Sikap Bukan Cakap
Bab 13 – Apabila Orang Masjid Memboikot
Bab 14 – Kawanku Seorang Sufi
Bab 15 – Islam Lebih Hebat Daripada Samurai
Bab 16 – Laluan Bahagia Kita Berbeza
Bab 17 – Hanya Di Hujung Kuku Ibu
Bab 18 – Seorang Tua Di Kaki Masjid
Bab 19 – Andainya Ini Bukan Ramadhanku Yang Terakhir
Bab 20 – Tidak Cukup Dengan Benar-Benar Menyayangi
Bab 21 – Menjadi Baik Sahaja Tidak Cukup, Mesti Cerdik
Bab 22 – Takdir Yang Tidak Dapat Dimungkir

InsyaAllah , dalam buku ini akan ada “diri anda” sendiri untuk dilihat dibaca dan dihayati.